Saturday, May 8, 2010

Bidadari (Tajuk xle blah)

Ku terlihat seseorng,
Yang begitu indah paras rupanya,
Yang penuh sopan tutur katanya,
Bakkan seorang bidadari dari kayangan.

Setiap kali ku menatap wajahnya itu,
Bibirnya senantiasa terukir sebuah senyuman,
Yang cukup indah, sungguh menawan,
Bahawa sesiapa sahaja boleh tertarik dengannya.

Teratur manis kata-katanya,
Sungguh sopan serta merdu suaranya,
Tak penah ku terdengar suatu yang kasar,
Terucap melalui bibirnya yang bak delima merekah.

Tidak pernah ku berjumpa,
Seorang bidadari sepertinya,
Bagaikan emas yang baru disepuh,
Membuat hatiku ingin bersama dia

Masih mampu terukir sebuah senyuman,
Setelah perasaan ku telah diluahkan kepadanya,
Walaupun jawapan terakhir bukan seperti yang diharapkan,
Ku tetap harus menerimanya dengan hati terbuka

Tetapi walau berbagai-bagai cara ku buat,
Diriku tetap tidak dapat melupakan bidadari itu,
Melupakan cinta yang disemai dalam hatiku ini,
Sehingga dirku menjadi lemah dan kosong kini

Diriku bagai bayang-bayang semula,
Tanpa kehadirannya di sisiku, terasa kekosongan dalam jiwa
Tetapi niat untuk berpasrah tiada lagi,
Ku perlukan suatu peluang kedua

Terangi lah semula hidup ku ini,
Wahai si bidadari



sajak ni actually memang I wrote smbl teringt kt someone....but its a long time ago, but mende ni bleh dikaitkn kepada lgi 2org dalam hidup aku, n boleh dikaitkan ngn anezaki mamori aku.....hahahahaha, have fun....klu edit ckit da leh jd love poem dah,wlupun I did edit td.......hahahaha

p/s- xle ltk gmbr pn.....cmne korg wat ni?????


ciao, buano giornata

1 comment: